Tuesday, August 3, 2010

Camping....

Last week aku ade follow aktiviti kat kem nasuha. Actually, aku memang suka aktiviti lasak yang macam ni. Bagi aku memang terbaik lah. Mula-mula je nak bertolak ke kem nasuha tu je kami semua dah kena naik bus sekolah yang bagi aku agak klasik sungguh dengan takda aircond. Tapi syok lah sebab aku rasa last aku naik bus sekolah takda aircond tu masa aku tingkatan 1 kot. hahahah! Gila terbayang.... Pastu masa dalam bus tu, mode semua EXCITED+HAPPY tak sabar nak sampai kat kem nasuha. Yela, sape yang tak syok dik oi. Aku jangan cakap lah memang aku dah lama tunggu invited to camping ni. hahahah!

Sampai je kat kem nasuha kami semua dijamu dengan minuman petang. Yang agak kelakarnya time tuh, kawan aku MADAS ni punya la syok amik air herbs yang diaorang bagi. TUP TUP... Air tu tawar+kelat+tak sedap! hahahahha! berderai aku gelak kan si MADAS ni. Air tu dah lah panas pastu dia main bedal je telan. MADAS....MADAS.... Dah lepas kami semua mencekik kat kem nasuha tu, kami pun dikehendaki menaiki trem utk pergi ke penginapan kami kat dalam hutan. Peh!!! Masa naik trem tu dah macam pekerja ladang dah aku rasa. HAHAHAHA! lawak nak mati.. Lagi-lagi KAK SHEILA. Semangat waja duduk dekat depan sekali. Nak teman ABG ANDREkot. hehehehe!

Perjalanan masuk hutan tu memang syok gila lah sebab jumpa banyak gila pokok-pokok herba yang hebat gila. Ada 1001 khasiat yang aku sendiri puu dah tak terkira.! Memang aku kagum gila lah dengan TUAN HAJI NASUHA ni.

Bila dah sampai kat dorm kami tu. Aku ingatkan dorm yang diaorang sediakan cikai-cikai jek tapi bapak ahhhh.. Siap ada aircond lagi. Wah kelasss gitu.! HAHAHAHAHA! Seronok aku landing.

Aktiviti petang tu adalah aktiviti berakit. Adoyai.. Memang mengamit kenangan lalu lah masa aku kat PLKN dulu. Teringat zaman-zaman jahiliah aku kat PLKN jadi SARJAN utk kompeni aku. HEEEE!! Mula-mula staff tu ajar kami semua WATER CONFIDENT. Benda senang je tu tapi sebabkan aku ni penakut air tu yang buat aku terketar-ketar nak masuk air. Padahal dah pakai life jacket dah pun. Pelaaaaa aku ni. HEEEE! Tapi at last dengan bantuan AROL dan IERA yang ada sebelah aku, aku dapat lah menkebalkan diri dalam air. Berenang-renang macam ikan dugong pun ada. Sampai taknak naik dah. Wah! Melampau pulak. HAHAHAHAH!

Aku kumpulan ketiga yang dianggotai oleh AROL, RAZIF, HANAFI, AYU, IERA dan AKU digelar sebagai kumpulan ape ntah aku pun tak ingat. Mula-mula MADAS dah dpt 1 group dgn kami tapi kena tukar atas sebab-sebab yang tertentu. Haish..! Kecoh betol lah. Dahlah masa berakit tu kami kalah sebab pelampung bocor. adoiiii... Pelampung bocor sebab terlanggar ranting. Gila hebat berakit sampai pelampung bocor. Punya lah in out in out sekali kalah dan bocor daaaa... Last sekali kami repeat balik dengan wujudnya ahli kumpulan baru iaitu MADAS, SITI, SYIKIN the rest aku tak ingat. Terus je menang!!!! HO YEAH! Kalau tak moral down aku ni nanti. HEHEHEHE!

Makan malam kat kem nasuha tu memang terbaik la. Terbaik dari ladang.! Sedap nak mati. Rempah yang dia guna memang bagus lah. hehehhee! Lepas je dinner kami diberi rest sekejap before night walking. Kul 11 baru start game tu. TETAPI, aku kecewa sangat sebab NIGHT WALKING tu dah bertukar jadi BURUNG HANTU! wadefak man! Gila ANNOYING main benda alah bodoh tu. Sampai aku rasa TONGGONG! (betul ke aku eja ni, ahhh hentam jela) Dengan dia tinggalkan aku sorang-sorang kat tepi hutan tu. BENGANG betol gua. Konon-konon macam nak buat kiamulail lah utk sedarkan diri kita, tapi bagi aku tu adalah cara nak cari nahas. HUHUHU! Yang penting aku tak suka. OYA punya tempat ada POCONG lah ape la. HAISSSHHH! SUbahanallah!

Last day kat kem nasuha kami semua main permainan paling best sekali. MADAS lah punya planning ni. Permainan berbelit2 lidah, teka-teki movie, botol-botol, dengan soalan pendegaran dan penglihatan dari MADAS. ahhhh! aku geram dengan MADAS.. Kuat SAIKO ini budak.. hahahaahah! pape pun MADAS, camping ni sempoi dan best!!

Lepastu..................... KAMI BALIK SEMULA KE SEGAR-AMAT DLM KEADAAN LETIH DAN LESU..

*p/s : Nanti kalau ada camping lagi join woii... Rugi sapa yang tak join tu....!!!

No comments:

Post a Comment