Wednesday, October 24, 2012

EX-BOSS VS EX-STAFF

Nak cerita sikitlah, after Hari Raya haritu aku ada dapat text from my Ex-boss yang dia nak aku kerja balik dengan dia. WOW! Unexpected. Ingatkan lepas aku blah dari company tu dia tak ada contact lagi dah. Sekali contact balik sebab nak wish hari raya je. But then, drag sampai la ke topik, "you want to join IWM again?" holly shit! Seriously memang nak, tapi aku takut sebab ex-boss aku ni baik bila time kat luar office je, bila dalam office memang strict gila. Disiplin yang sesangatlah ketat. Susahlah nak chill2. Tapi dia offer boleh tahan jugak lah. Plus2 benefit and etc. Haish! First dia offer part time job, aku accept since aku pun kerja part time jugak, so aku pun resign part time dekat TESCO sebab nak kerja dengan dia lah. Tup tup, dia boleh twist cerita dia cakap dia nak FULL TIME pulak. Ye dahhhh... Haritu kemain lagi cakap no hal punya nak buat part time, sekali dia request nak FULL TIME. Memang bengang aku. Dah la aku resign TESCO tu sebab dia. Bukan nak kata terdesak sangat ke ape, tapi aku nak kerja part time. Eshh! ok yang second pulak, aku boleh biol pergi cakap kat dia YES, I'LL JOIN YOU, but ada condition. Condition dia senang je, notice 2 month then blah la. TAPI, aku cakap aku nak dapatkan bonus dulu kat company lama. Sekali dia betah balik, dia kata bonus bukan besar mana pun, so dia boleh up kan gaji aku. HOH! Are u insane!! Apa ni, dah macam2 conflict dah. Finally, i've made my decision, so aku bukanlah nakkan duit semata2 nak survive. Bagi aku, duit memang segalanya. Tapi, kena concern juga dengan environment, kerja, semua2 lah. Sebab kat sana nanti aku kena buat kerja semua dengan BOSS. Act like his SECRETARY, and ALL. Mampus lah camtu. Memang tangan aku ada 10! Masa buat final decision tu, memang dia FUCK OFF kan aku. Keluar dah belang dia. Slumber je fuck off kan aku. Ingat aku ni apa ke, come on la. Kata ada new staff yang dia nak hire selain aku, tapi kenapa beria-ria nak aku joinkan. Mesti ada benda yang tak baik la tu. Gaji dah best, offer sangat menarik. Tapi kenapa boss act macam ni, aku pun tak tahu lah. Nak kata dia stress, of course la dia memang stress sebab dia kerja LONE RANGER. Aku respect dia pun sebab dia memang workaholic punya type. Tak kisah apa jadi, janji SALES JALAN, PAYMENT COME IN. Project memang gah gila, almost all the project million2 ringgit malaysia. Aku tak rasa batak, tapi rasa impress sebab macam mana dia boleh handle walaupun tak ada staff. Banyak benda kot nak kena settle kan. Even company Sdn Bhd. Of course banyak jugak kerja. Aku yang pernah kerja situ 2 weeks je, menangis buat kerja sebab memang FAKAP gila. Banyak sesangatlah. Hahahaha. Kesimpulannya, aku stay je dengan company sekarang ni. Walau gaji tak besar mana, tapi aku happy family kat sini. 

Thursday, December 15, 2011

Aku tak minta ada perasaan Benci ni.


Perasaan benci ni datang bukan aku yang pinta. Semua terjadi sebab TRAGEDI. Haaaaa.... tragedi ape? Aku panggil Tragedi Mulia. Sebab apa? Sebab aku dianiayai oleh seorang manusia pada bulan yang mulia, bulan puasa. Dosa ke aku membenci orang ni? Hmmm entah lah, mestilah berdosa kan. Tapi aku bukan manusia yang tinggi imannya boleh sampai tidak membenci siapa yang aniayai aku. Aku insan biasa. Sakit tau ade perasaan benci ni kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Haaaa... kan dah rosak dah susu tu. Kesian susu tak pasal-pasal aku dah tak boleh minum kau dah. Tapi takpelah, sedar tak sedar hampir 4 bulan dah aku berjaya harungi hidup ni sorang-sorang. Payah gak nak pikul rasa benci ni kesana kemari. Aku berdoa dan harap sangat Allah hapuskan segala rasa benci dan boleh memaafkan dia. Tak larat nak marah orang dengan rasa yang amat benci. Phewwww! Suck gila tau rasanya. Kan seronok kalau ade orang nak buat aku marah ke benci ke aku azankan je kat telinga dia terus dia lenyap dari mata aku. Hehehehe! Melampau sangat dah tu.

Dan aku jugak tahu perasaan Benci ni akan memakan diri aku. Haaa sekarang aku dah rasa dah dugaan yang Allah bagi kat aku. Bukan nak riak atau bangga tapi aku bersyukur la kerana DIA aku lagi memahami erti sabar yang selama ni aku memang kurang sabar. Heeee.! Syukur..... Dugaan datang bertimpa-timpa mungkin sebab datangnya dari aku jugak kot. Haaaa think positive ok. Yeahhhh! Ok la. bai.

Tiada pesanan ringkas : )

Kempunan....

Since Bonda dan Ayahanda tercinta balik dari menunaikan Haji, Bonda sakit teruk. Sampai nak bangun pun tak larat. Demam melarat-larat lah. Aku sedih gila tengok Bonda sakit. Aku cakap dengan Ayahanda, "Abah, bawaklah mak tu pergi klinik.. Nadia tengok macam dah teruk je". Kemudian Ayahanda pun balas balik "Mak kau tu kat sana sihat walafiat dia tau, sakit-sakit pun dia gigih jugak, kat sini terus je lembik, takpelah nanti abah bawak lah mak kau tu pergi klinik". Aku senyum je tengok Ayahanda aku tu. Agaknya penat kot Bonda nak kejar Ayahanda masa kat sana sebab Bonda ada bagitahu Ayahanda aku tu jalan laju sangat, penat dia nak follow. Heee! Tapi part yang paling tak bestnya apasal aku tulis title kempunan? Sebab aku memang kempunan gila ni. Dari 4hb 12 haritu aku sikit pun tak jamah masakan Bonda. Semua sebab Bonda sakit. Kesian Bonda. Takpela Bonda, nanti ade masa Bonda masakkan untuk Nadia k? *Ayat sedapkan hati* Rindunya la masak asam pedas dia. Perghhhhh!!! Kla baii.


P/S : BONDA CEPATLAH SEMBUH........ Rindu ni haaaaa nak makan air tangan Bonda. Isk isk isk

Bercinta? Oh no!

Kenapa aku cakap Oh no! Sebab bagi aku memang taklah aku nak bercinta ke ape ke. Bukan tak nak tapi pintu hati ni macam dah tutup rapat sangat. Since mangkuk ayun tu TIPU aku sampai skrg ni aku tak boleh nak bukak2 lagi. Ape punya sial la dia dah bagi kat aku ha? Serius la susah gila nak terima mana-mana lelaki. Kadang tu yang datang semua sama je, GATAL. Ade ke tulis kat dahi aku ni tempat untuk anda melempiaskan KEGATALAN anda. FUCK! Sengaja atau tak aku ade jugak sound certain lelaki sebagai peringatan supaya jangan approach perempuan dengan cara macam tu. Heshh! Please be nice guy. Dunia nak kiamat dah ni. Aku anggap semua lelaki ni kawan je. Sebabnya kawan tu lagi baguskan, betul tak? Bagi memeriahkan persahabatan antara kita semua. Heee... Tapi aku masih menunggu untuk pintu hati aku ni terbukaaaaaaaaakk luas. Haaa amekaw! Luas dan terang untuk bakal suami aku terus. Penat dah rasa nak bercintan cintun bagai ni. Ex bf aku pun ade yg dah kahwin, nak kahwin pun ade gak. Maka. Lekas-lekas la aku nak ke arah itu. Heeeee! :D

Thursday, November 17, 2011

Sedikit resah dan gelisah...

Finally, aku habis jugak internship ni. YEAY!! Hilang semua rasa penat lelah selama 20 minggu berhempas pulas melawan perasaan yang mencanak-canak nak berhenti kerja sebab tak tahan kena buli. hehehe! Damn horror la kalau fikirkan balik mcm mana aku boleh tersangkut kerja kat situ. Haih! Tapi bila dah habis praktikal ni, resah pulak sebab aku tak kerja. Bila kau dah tak kerja for sure la takde duit rite? hah! Mana nak cekau duit ni?

Takpelah, kita settle step by step dulu. First thing yang aku patut buat adelah. Siapkan final report aku tu then baru la fikir pasal kerja sume kan. lagipun apa salahnya tanam anggur sekejap. Bukan selalu. Weeee!

P/S : kalau tanam anggur dapat hasil takpe gak. ini apa pun tak boleh daaaa..... =) selalu...

Tuesday, October 4, 2011

Telur dan Manusia









Comelkan telur ni boleh buat face expression? Manusia pun boleh jugak buat betul tak? Cuma kadang-kadang orang lain susah nak faham kenapa kita terpaksa buat reaksi muka macam tu. Aku kalau marah aku memang terlalu jadi SHOW OFF sangat sebabnya aku susah nak kawal expression aku. Unless aku dah terlalu bengang aku macam diam jela, simpan dalam hati. Bila kat rumah, haaaa expression sedih aku pulak datang. Kalau bab-bab menangis ni aku memang ego sikit la. hahahaha! Biasa lah org cakap aku ni nampak je lurus bendul, tapi sebenarnya tak. Nampak je macam manja tapi keras. Macam-macam expression aku boleh buat. hahaha. Ala, aku ni cakap macam orang lain tak boleh buat expression kan? heeeeeee.... bengong. Saje jek nak membebel. kan??

Friday, September 30, 2011

Bukan senang nak move on ok.

Since aku datang KL, takde apa pun yang seronok bagi aku. Sumenya SUCKS! Orang semua fikir yang aku ni ada life, fun, ramai kawan. Hello, tu semua dimata kasar je. Sebenarnya takde siapa pun yang aku boleh harapkan. Kawan? Hurm.. Ntahlah. Bagi aku not worth it aku datang sini. BF buat hal, kawan ada pun macam takde. Aku sunyi. Aku rindu kawan aku kat Johor. Susah senang semua tanggung bersama. Kat sini susah senang aku tanggung sorang-sorang. Apa je yang ada untuk aku? Semua orang seksa aku. Tak kiralah siapa pun. Bosan hidup macam ni. Ye, nampak je aku ni happy. Tapi Tuhan je tau betapa seksanya aku tanggung semua ni sorang2. Nak luahkan kat kawan? Memang taklah kan. Kawan yang ada depan mata pun bukan kisah sangat. Alah, setakat aku ni apelah sangatkan. Takde aku ade aku ke sama jek. Takde point. Suka hati kau la kawan, bf ke ape ke. Lama2 gila sekejap aku ni. Tak penah2 aku rasa sebal mcm gini. Hurm....