Wednesday, May 25, 2011

Luangkan sedikit masa anda...

Ok, time cuti macam ni baiklah habiskan masa dengan benda yang berfaedah kan? hehe. aku pulak addict dgn drama-drama kat tv3. mula-mula asmara 2, kemudian keluar cerita Juvana memang mantap lah. last drama ni aku tengok nora elena. wow! gempaklah. cerita di adaptasi dari sebuah novel. novel apa? "KASIH YANG SUCI". yeah! tersangatlah best kalau menonton. kalau siapa yang tertinggal episod ni semua boleh je tengok kat tonton.com.my terus je connect dengan cerita ni.


Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.


Bestkan? haaaa.... tengok jangan tak tengok..



Lanjutan daripada Asmara musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya). Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.

Asmara sibuk menguruskan syarikat ayahnya namun tidak disenangi oleh adik-adik tirinya, Fikri dan Zira. Mereka menganggap Asmara sebagai musuh yang mahu membolot harta. Melati pula menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Melati bertembung dengan Zaliya tetapi Zaliya memperkenalkan diri sebagai Suhana. Zaliya tidak dapat mengawal perasaan diri daripada mengintip kehidupan Asmara dan Melati.

Tria berkenalan dengan Ferhad (Fezrul Khan), seorang pemuda yang baru balik ke Malaysia selepas tinggal di luar negara selama 20 tahun. Ferhad mendampingi keluarga Tria termasuk Zaliya untuk mendapatkan maklumat Adam. Rupa-rupanya Ferhad ialah abang kepada Raziq dan merancang untuk membunuh Adam selepas ayahnya mewariskan harta kepada Adam.

Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya. Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawal si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?

haaa... yang ni episod kedua asmara. lagi banyak konflik sebenarnya.. apa-apa pun kena tunggulah sampai penghabisan cerita. ^_^



Kisah Juvana bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Juvana, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.

Yes, drama ni adalah yang terbaik dimana satu kelainan telah dibawa dalam slot drama di TV3.
well done!

P/S : kalau buat filem macam filem KAMI THE MOVIE mesti syok.!

Tuesday, May 24, 2011

Kena kacau...

haish.. arini aku tak cukup tidur, kena kacau dengan mak aku. orang streamyx ni kalau nak dtg suka sangat time sleeping beauty tgh tidur. ekekekeke.

lepas tu dapat panggilan dari PROTON pasal praktikal aku. hurm... not so sure la boleh dapat ke tak, dia mintak CGPA pulak. aku kalau bole nak keep secret lah soal tu. tapi cannot go la pula. so, terpaksa la juga bagitau. hopefully dapat la praktikal sana. malas der nak pikiaq lagi. LOKLAQ betul la.

Showdown 2011 Best!

Wah! Malaysia dah pandai buat rancangan yang menarik selain rancangan menyanyi ni. cukup bosan dah aku dengan nyanyian. bila sekali sekala tengok dancer tu dance memang best dan meletop. kali ni 8TV telah memilih crew yang agak hebat! Lets check it out.

TOP 12 SHOWDOWN :

HMC PHLOW
BLAZIN SQUAD
ROKUSTEPS
ELECOLDXHOT
PANIC
FORCE 136
DEJAVU BREAKERS
BORNEO CREW
BOUNCE STEPPERZ
STEPHOLIC
EGS MONSTER
SOULUTION

Now, tinggal top 9. tema minggu ni adalah MALAYSIAN HIP HOP! wah,seksaitednye. selepas EGS MONSTER, SOULUTION, tersingkir DEJAVU BREAKERS pun tersingkir. apa-apa pun mereka dah buat yang terbaik. cuma tiada rezeki utk teruskan.



YEAH SHOWDOWN 2011 <3


Best ke main poker?

yeah! poker tersangatlah best. sebab apa? hahahaha. berlagak macam orang kayalah kononnya dapat main kat casino yang up gila. haih! perasan jela. tapi bukan main judi betul2 pun. cuma sekadar nak release tension kalau tengah penat ke, after study adalah waktu yang paling tepat utk bermain poker. main poker ni kat dalam FB jela kan mana lagi.

Mula-mula terpengaruh :

1) Tengok abg aku main kat dlm bilik dia, bunyi chips kedetang kedetung. bunyi daun terup sume. haish mcm seronok jek tgk dia main. last-last aku pun nak cuba juga. dengan harapan yang sgt tip top la boleh menang. sekali, hampehlah! NOOB gila. heheheh. takpe boleh try lagi.

2) Dapat tunjuk ajar dari sifu pulak. hah! memang mentekedarahlah poker ni aku keje kan. siap marah2 lagi tu ajar. wah! kelass kau wan<--------my bro!

3) Bila dah pro tu start la main sendiri, wah! memang best dan gian. bagi aku kalah lah game yang lain. Farmville ke, cafe world, nasi lemak world aku pun tak layan. heeeee. poker jela.

P/S : LAYAN POKER LAGI BERFAEDAH DARI AKU MERAYAP. :)

Fresh.. bahahaha..


saje nak menggedik sikit. nak tunjuk gambar the latest. hihi. time ni kat cameroon, jalan punya jalan tiba-tiba terjumpa "kipas Lipas". haaaa.... apa lagi, laju-laju pergi tarik lepas tu terus tangkap gambar laju-laju. hihihi. actually, aku nak baru je update blog aku ni. tukar background kasi tak serabut kemudian kasi yang simple-simple je aku letak kat sini. mula-mula tu macam bengong juga sebab tak ingat dah. lama-lama mahir dah ni. bukan apa pun serabut sangat tengok blog sendiri. dahlah berhabuk lepas tu out of date. heeeee :P