Thursday, September 30, 2010

Perginya seorang Insan meninggalkan nama.....

24 September - Aku dapat panggilan dari mak aku. mula-mula aku tak syak apa-apa pun tapi tiba-tiba dia cakap dia on the way ke melaka. terdetik dalam hati aku, apalah yang berlaku pulak nie. sekali je mak aku cakap nenek aku dah "kritikal". mengucap panjang aku time tu. dah lah aku baru je lepas "karok" dengan budak2 ni. lepas tu aku pun cakap balik "mak, kalau rasa macam dah tak boleh blah tolonglah bagi tahu cepat2 k". aku pun mula lah rasa tak sedap hati. tapi time tu aku still lagi kat luar tengah lepak kat mamak aswath. dah lepas aku lepak2 je aku pun hantar la shaz dengan afiq balik. TUP! TUP! mak aku call lagi masa aku tengah drive. sampai je depan rumah diaorang aku terus angkat panggilan. bergetar je aku dengar suara mak aku. dalam hati aku berdetis yang aku dah tak ada nenek lagi. sekali betullah sangkaan aku. She's gone. Time tu jangan cakaplah..... aku meraung semahu-mahunya dalam kereta. tak sangka...... apa yang aku rasa jadi kenyataan. apa yang aku kesal adalah. sepanjang hayat dia.....aku tak pernah meluangkan masa bersama-sama dengan dia. tapi saat2 akhir hayat dia (time raya hari tu) dia terlantar baring kat katil, aku layan dia sepertimana budak kecil. makan dilayan, nak kencing pun aku tolong angkat dan basuhkan. aku rasa itulah saat2 paling bermakna dalam hidup aku. nenek aku seorang yang bengis, garang, dan semua2 lah. semua cucu tak rapat dengan dia. cuma anak2 dia jela yang rapat. hurmmmm......... apa2 pun aku redha dengan ketentuanNya. AL-FATIHAH. moga nenek aman dan tenang di syurga sana. "nadia redha segala sengketa antara kita, MAAFKAN CUCU tuk ni."

p/s : AKU TERINGAT MASA KENA MARAH, KENA BEBEL DENGAN ATUK AKU. RINDUU.........

Tuesday, September 28, 2010

Im being an INDEPENDENT women

Woishhh.... independent ke aku ni? yes i am.. kalau dulu mungkin sikit-sikit abah, sikit-sikit boyfriend. ahhhhhhh! sekarang..... no more.. berdiri diatas kaki sendiri lagi terbaik. jatuh dan bangun sendiri. Supaya TIADA LAGI PENYESALAN...! titik! hahahahhaa.........


p/s : BILA HUJUNG BULAN JE AKU EHEK KAT ABAH AKU... BAH, ELAUN DAH MASUKKAN TAK? hehehehe....... (still menyusahkan lagi la....)