Thursday, December 15, 2011

Aku tak minta ada perasaan Benci ni.


Perasaan benci ni datang bukan aku yang pinta. Semua terjadi sebab TRAGEDI. Haaaaa.... tragedi ape? Aku panggil Tragedi Mulia. Sebab apa? Sebab aku dianiayai oleh seorang manusia pada bulan yang mulia, bulan puasa. Dosa ke aku membenci orang ni? Hmmm entah lah, mestilah berdosa kan. Tapi aku bukan manusia yang tinggi imannya boleh sampai tidak membenci siapa yang aniayai aku. Aku insan biasa. Sakit tau ade perasaan benci ni kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Haaaa... kan dah rosak dah susu tu. Kesian susu tak pasal-pasal aku dah tak boleh minum kau dah. Tapi takpelah, sedar tak sedar hampir 4 bulan dah aku berjaya harungi hidup ni sorang-sorang. Payah gak nak pikul rasa benci ni kesana kemari. Aku berdoa dan harap sangat Allah hapuskan segala rasa benci dan boleh memaafkan dia. Tak larat nak marah orang dengan rasa yang amat benci. Phewwww! Suck gila tau rasanya. Kan seronok kalau ade orang nak buat aku marah ke benci ke aku azankan je kat telinga dia terus dia lenyap dari mata aku. Hehehehe! Melampau sangat dah tu.

Dan aku jugak tahu perasaan Benci ni akan memakan diri aku. Haaa sekarang aku dah rasa dah dugaan yang Allah bagi kat aku. Bukan nak riak atau bangga tapi aku bersyukur la kerana DIA aku lagi memahami erti sabar yang selama ni aku memang kurang sabar. Heeee.! Syukur..... Dugaan datang bertimpa-timpa mungkin sebab datangnya dari aku jugak kot. Haaaa think positive ok. Yeahhhh! Ok la. bai.

Tiada pesanan ringkas : )

Kempunan....

Since Bonda dan Ayahanda tercinta balik dari menunaikan Haji, Bonda sakit teruk. Sampai nak bangun pun tak larat. Demam melarat-larat lah. Aku sedih gila tengok Bonda sakit. Aku cakap dengan Ayahanda, "Abah, bawaklah mak tu pergi klinik.. Nadia tengok macam dah teruk je". Kemudian Ayahanda pun balas balik "Mak kau tu kat sana sihat walafiat dia tau, sakit-sakit pun dia gigih jugak, kat sini terus je lembik, takpelah nanti abah bawak lah mak kau tu pergi klinik". Aku senyum je tengok Ayahanda aku tu. Agaknya penat kot Bonda nak kejar Ayahanda masa kat sana sebab Bonda ada bagitahu Ayahanda aku tu jalan laju sangat, penat dia nak follow. Heee! Tapi part yang paling tak bestnya apasal aku tulis title kempunan? Sebab aku memang kempunan gila ni. Dari 4hb 12 haritu aku sikit pun tak jamah masakan Bonda. Semua sebab Bonda sakit. Kesian Bonda. Takpela Bonda, nanti ade masa Bonda masakkan untuk Nadia k? *Ayat sedapkan hati* Rindunya la masak asam pedas dia. Perghhhhh!!! Kla baii.


P/S : BONDA CEPATLAH SEMBUH........ Rindu ni haaaaa nak makan air tangan Bonda. Isk isk isk

Bercinta? Oh no!

Kenapa aku cakap Oh no! Sebab bagi aku memang taklah aku nak bercinta ke ape ke. Bukan tak nak tapi pintu hati ni macam dah tutup rapat sangat. Since mangkuk ayun tu TIPU aku sampai skrg ni aku tak boleh nak bukak2 lagi. Ape punya sial la dia dah bagi kat aku ha? Serius la susah gila nak terima mana-mana lelaki. Kadang tu yang datang semua sama je, GATAL. Ade ke tulis kat dahi aku ni tempat untuk anda melempiaskan KEGATALAN anda. FUCK! Sengaja atau tak aku ade jugak sound certain lelaki sebagai peringatan supaya jangan approach perempuan dengan cara macam tu. Heshh! Please be nice guy. Dunia nak kiamat dah ni. Aku anggap semua lelaki ni kawan je. Sebabnya kawan tu lagi baguskan, betul tak? Bagi memeriahkan persahabatan antara kita semua. Heee... Tapi aku masih menunggu untuk pintu hati aku ni terbukaaaaaaaaakk luas. Haaa amekaw! Luas dan terang untuk bakal suami aku terus. Penat dah rasa nak bercintan cintun bagai ni. Ex bf aku pun ade yg dah kahwin, nak kahwin pun ade gak. Maka. Lekas-lekas la aku nak ke arah itu. Heeeee! :D

Thursday, November 17, 2011

Sedikit resah dan gelisah...

Finally, aku habis jugak internship ni. YEAY!! Hilang semua rasa penat lelah selama 20 minggu berhempas pulas melawan perasaan yang mencanak-canak nak berhenti kerja sebab tak tahan kena buli. hehehe! Damn horror la kalau fikirkan balik mcm mana aku boleh tersangkut kerja kat situ. Haih! Tapi bila dah habis praktikal ni, resah pulak sebab aku tak kerja. Bila kau dah tak kerja for sure la takde duit rite? hah! Mana nak cekau duit ni?

Takpelah, kita settle step by step dulu. First thing yang aku patut buat adelah. Siapkan final report aku tu then baru la fikir pasal kerja sume kan. lagipun apa salahnya tanam anggur sekejap. Bukan selalu. Weeee!

P/S : kalau tanam anggur dapat hasil takpe gak. ini apa pun tak boleh daaaa..... =) selalu...

Tuesday, October 4, 2011

Telur dan Manusia









Comelkan telur ni boleh buat face expression? Manusia pun boleh jugak buat betul tak? Cuma kadang-kadang orang lain susah nak faham kenapa kita terpaksa buat reaksi muka macam tu. Aku kalau marah aku memang terlalu jadi SHOW OFF sangat sebabnya aku susah nak kawal expression aku. Unless aku dah terlalu bengang aku macam diam jela, simpan dalam hati. Bila kat rumah, haaaa expression sedih aku pulak datang. Kalau bab-bab menangis ni aku memang ego sikit la. hahahaha! Biasa lah org cakap aku ni nampak je lurus bendul, tapi sebenarnya tak. Nampak je macam manja tapi keras. Macam-macam expression aku boleh buat. hahaha. Ala, aku ni cakap macam orang lain tak boleh buat expression kan? heeeeeee.... bengong. Saje jek nak membebel. kan??

Friday, September 30, 2011

Bukan senang nak move on ok.

Since aku datang KL, takde apa pun yang seronok bagi aku. Sumenya SUCKS! Orang semua fikir yang aku ni ada life, fun, ramai kawan. Hello, tu semua dimata kasar je. Sebenarnya takde siapa pun yang aku boleh harapkan. Kawan? Hurm.. Ntahlah. Bagi aku not worth it aku datang sini. BF buat hal, kawan ada pun macam takde. Aku sunyi. Aku rindu kawan aku kat Johor. Susah senang semua tanggung bersama. Kat sini susah senang aku tanggung sorang-sorang. Apa je yang ada untuk aku? Semua orang seksa aku. Tak kiralah siapa pun. Bosan hidup macam ni. Ye, nampak je aku ni happy. Tapi Tuhan je tau betapa seksanya aku tanggung semua ni sorang2. Nak luahkan kat kawan? Memang taklah kan. Kawan yang ada depan mata pun bukan kisah sangat. Alah, setakat aku ni apelah sangatkan. Takde aku ade aku ke sama jek. Takde point. Suka hati kau la kawan, bf ke ape ke. Lama2 gila sekejap aku ni. Tak penah2 aku rasa sebal mcm gini. Hurm....

Thursday, September 8, 2011

Lagi-Lagi Packaging List. !

Hey, sejak aku bertapak didunia perkerjaan ni macam-macam hal yang menimpa. Tapi takpelah aku redha jela. Yang paling mantap tu, ade ke supervisor aku ni keje dia suruh aku buat packaging list. HARI-HARI OK! GILA! muntah lah aku. Sikit pun la tak mengembangkan otak aku. KUNCUP JEK! Drpd 2000 total product dia. Aku just dpt buat dalam 500 camtu jek. Sebab warehouse dia bapak kecah ok! Nak cari brg pon kena gali mcm lubang emas daa.. Yang penting sekali bosan! Bila dia bagi kerja sekali tu memang la banyak. SANGAT! Kadang-kadang aku rase mcm aku ni Khadam si KAPIR tu. Haih! Pikir aku praktikal jek, kalau tak dah lama aku GET LOST from this company.
:(

Wednesday, June 1, 2011

TENSION!!

sedihlah macam ni. macam tak dapat nak praktikal je. semua dah confirm dah, aku je yang still tak boleh blah tak tahu nak praktikal mana. semua takda bagi respond. bila aku call "nanti kami confirmkan kemudian ye". phewwwww...... rasa makin semak samun kepala ni, dengan nak fikir result nak keluar lagi 2minggu. tak keruan hidup aku. sedihlah macam ni.

Wednesday, May 25, 2011

Luangkan sedikit masa anda...

Ok, time cuti macam ni baiklah habiskan masa dengan benda yang berfaedah kan? hehe. aku pulak addict dgn drama-drama kat tv3. mula-mula asmara 2, kemudian keluar cerita Juvana memang mantap lah. last drama ni aku tengok nora elena. wow! gempaklah. cerita di adaptasi dari sebuah novel. novel apa? "KASIH YANG SUCI". yeah! tersangatlah best kalau menonton. kalau siapa yang tertinggal episod ni semua boleh je tengok kat tonton.com.my terus je connect dengan cerita ni.


Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.


Bestkan? haaaa.... tengok jangan tak tengok..



Lanjutan daripada Asmara musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya). Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.

Asmara sibuk menguruskan syarikat ayahnya namun tidak disenangi oleh adik-adik tirinya, Fikri dan Zira. Mereka menganggap Asmara sebagai musuh yang mahu membolot harta. Melati pula menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Melati bertembung dengan Zaliya tetapi Zaliya memperkenalkan diri sebagai Suhana. Zaliya tidak dapat mengawal perasaan diri daripada mengintip kehidupan Asmara dan Melati.

Tria berkenalan dengan Ferhad (Fezrul Khan), seorang pemuda yang baru balik ke Malaysia selepas tinggal di luar negara selama 20 tahun. Ferhad mendampingi keluarga Tria termasuk Zaliya untuk mendapatkan maklumat Adam. Rupa-rupanya Ferhad ialah abang kepada Raziq dan merancang untuk membunuh Adam selepas ayahnya mewariskan harta kepada Adam.

Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya. Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawal si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?

haaa... yang ni episod kedua asmara. lagi banyak konflik sebenarnya.. apa-apa pun kena tunggulah sampai penghabisan cerita. ^_^



Kisah Juvana bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Juvana, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.

Yes, drama ni adalah yang terbaik dimana satu kelainan telah dibawa dalam slot drama di TV3.
well done!

P/S : kalau buat filem macam filem KAMI THE MOVIE mesti syok.!

Tuesday, May 24, 2011

Kena kacau...

haish.. arini aku tak cukup tidur, kena kacau dengan mak aku. orang streamyx ni kalau nak dtg suka sangat time sleeping beauty tgh tidur. ekekekeke.

lepas tu dapat panggilan dari PROTON pasal praktikal aku. hurm... not so sure la boleh dapat ke tak, dia mintak CGPA pulak. aku kalau bole nak keep secret lah soal tu. tapi cannot go la pula. so, terpaksa la juga bagitau. hopefully dapat la praktikal sana. malas der nak pikiaq lagi. LOKLAQ betul la.

Showdown 2011 Best!

Wah! Malaysia dah pandai buat rancangan yang menarik selain rancangan menyanyi ni. cukup bosan dah aku dengan nyanyian. bila sekali sekala tengok dancer tu dance memang best dan meletop. kali ni 8TV telah memilih crew yang agak hebat! Lets check it out.

TOP 12 SHOWDOWN :

HMC PHLOW
BLAZIN SQUAD
ROKUSTEPS
ELECOLDXHOT
PANIC
FORCE 136
DEJAVU BREAKERS
BORNEO CREW
BOUNCE STEPPERZ
STEPHOLIC
EGS MONSTER
SOULUTION

Now, tinggal top 9. tema minggu ni adalah MALAYSIAN HIP HOP! wah,seksaitednye. selepas EGS MONSTER, SOULUTION, tersingkir DEJAVU BREAKERS pun tersingkir. apa-apa pun mereka dah buat yang terbaik. cuma tiada rezeki utk teruskan.



YEAH SHOWDOWN 2011 <3


Best ke main poker?

yeah! poker tersangatlah best. sebab apa? hahahaha. berlagak macam orang kayalah kononnya dapat main kat casino yang up gila. haih! perasan jela. tapi bukan main judi betul2 pun. cuma sekadar nak release tension kalau tengah penat ke, after study adalah waktu yang paling tepat utk bermain poker. main poker ni kat dalam FB jela kan mana lagi.

Mula-mula terpengaruh :

1) Tengok abg aku main kat dlm bilik dia, bunyi chips kedetang kedetung. bunyi daun terup sume. haish mcm seronok jek tgk dia main. last-last aku pun nak cuba juga. dengan harapan yang sgt tip top la boleh menang. sekali, hampehlah! NOOB gila. heheheh. takpe boleh try lagi.

2) Dapat tunjuk ajar dari sifu pulak. hah! memang mentekedarahlah poker ni aku keje kan. siap marah2 lagi tu ajar. wah! kelass kau wan<--------my bro!

3) Bila dah pro tu start la main sendiri, wah! memang best dan gian. bagi aku kalah lah game yang lain. Farmville ke, cafe world, nasi lemak world aku pun tak layan. heeeee. poker jela.

P/S : LAYAN POKER LAGI BERFAEDAH DARI AKU MERAYAP. :)

Fresh.. bahahaha..


saje nak menggedik sikit. nak tunjuk gambar the latest. hihi. time ni kat cameroon, jalan punya jalan tiba-tiba terjumpa "kipas Lipas". haaaa.... apa lagi, laju-laju pergi tarik lepas tu terus tangkap gambar laju-laju. hihihi. actually, aku nak baru je update blog aku ni. tukar background kasi tak serabut kemudian kasi yang simple-simple je aku letak kat sini. mula-mula tu macam bengong juga sebab tak ingat dah. lama-lama mahir dah ni. bukan apa pun serabut sangat tengok blog sendiri. dahlah berhabuk lepas tu out of date. heeeee :P

Friday, April 15, 2011

Setelah sekian lama tak update!

Peh lame gila tak update blog aku ni.. berhabuk sudah. ala biaselah, mase mula2 buat blog ni pun sebab lecturer yang suruh buat blog. kalau tak memang failed la aku. hehehehe.. tapi bila dah lulus je, terus terusan blog aku ni berhabuk. tak pandai aku nk type apa. aku bukanlah jenis yang kreatif dan suka menaip ni. hehehehe. kalau setakat post kat FB tu boleh la aku layan. tapi kalau kat blog ni jenuh nak menaipnye haaa...

Aku nak share sikit lah life aku ni masa after part 4. (skrg dah part 5 tinggal nak tunggu final exam je). Life aku lepas part 4 memang huru hara. bukan sikit, tapi memang keparat nak mati. hidup dihujani dengan assignment, presentation, test (yang berderet2), masyALLAH! punyalah lecturer bagi combo! WOW! memanglah nice and perfect life aku. actually kerja tu bukan macam time part 3 dan 4. kerja makin susah, makin banyak (memang takleh nak byk songeh) kena buat kerja je. hehehehe. penatnye jgn ckp lah. berkuah2 ketiak aku ni terkejar sana terkejar sini. tidur pun tak tentu arah. mata pun dah mcm beruang panda (dia lagi comel lah...hehehehe). aku pulak jenis tak boleh benda yang dtg sekali combo ni. memang MORAL DOWN aku. hehehehe. ala, macam ngade2 lah sebab aku ni memang mengade kalau banyak kerja je merungut dgn mak aku. heeeeeee... tapi, AT LAST....skrg ni lah. LEGA jgn ckp lah! baru la hidung aku ni kembang je dapat bernafas dengan LANCORRRR! hehehehe..

Tapi part yang tak best. makin dekat dengan praktikal, perpisahan dan maybe susah nak jumpa balik. haish! emo la pulak. alah, biasa lah kan. kalau dah ada kawan yang baik, 1 hari tu akan berpisah jugak.

TO my beloved friends JBM2205A aku sayang korang semua. Best Part is.....the IID DAY!
gempak gila!