Saturday, October 30, 2010

Yesterday Suck, Today Luck.

tengok tajuk entri pun dah agak kurang ajar kan. mana tak nye. semalam break today dah baik. semalam aku mcm sial. harini aku ok dah. semalam aku merana harini aku sebak. semalam aku menangis harini aku ketawa. huishhh! pelik... sayang.. awak sgt pelik. awak boleh buat saya menangis dan ketawa. awak boleh buat saya rasa unhappy dan happy. awak lah yg boleh buat semuanya. thanks sayang coz buat saya rasa bermaknanye hidup saya dengan adanya AWAK!




*p/s : I LOVE U. adiey

Friday, October 22, 2010

W.E.I.R.D!

ok. kenapa tiba2 aku rasa pelikkan? for sure la aku tanak ada rasa pape yang pelik. esh.. dan kenapa aku perlu ada rasa perasaan aneh ni. dia kawan aku. aku tanak la nanti relationship aku dengan dia terputus. thats y aku berterus terang je. hurmmmm..... baru la lega hati aku. selama ni aku simpan2 mcm hape je kan.. thank god. so now, aku blh la stdy dengan aman......

peace!

Wednesday, October 20, 2010

NERVOUS





Lagi 5 hari aku nak menghadapi peperangan. Final exam! woshhhhh... gila takut ni. hopefully aku dapat buat dengan cemerlang lah. hehehehe.. 6 A's.. Insyallah..

gerammmmmmmm!!!!

kau memang cipanzi...! HAHAHAHAHAHAHHA

Thursday, October 7, 2010

disebalik warna UNGU@PURPLE@VIOLET





WARNA UNGU (VIOLET)
-seseorang yang luar biasa orangnya..
- dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu.apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik..
-pandai mengikuti perkembangan zaman.
- dalam percintaan...hanya mereka yang mempunyai mental yang kuat dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu..


yesss! itu adalah aku...

Egokah aku??

Ego ke aku ni? ok kalau aku dah buat silap aku mengaku lah. tapi mula-mula tu memang lah aku berangin tak tentu pasal SEBAB kau bergurau tak kena tempat! kau tau tak aku ni dah la penat buat assignment dengan test aku buat macam haram je boleh pulak dia nak bergurau dengan aku macam taik kan. peh! menyirap gila. cukuplah bila aku dah say sorry kau pulak nak kata aku ego? hey, kalau aku dah marah memang lah aku melenting. tapi bila dah lama sikit aku sedar lah apa yang aku cakap tu memang ada overnya. tapi kau pun patut sedar jugak ape yang kau dah cakap kat aku tu memang melampau. jangan lah fikir semua orang dalam dunia ni boleh terima gurauan kau yang menyakitkan hati dan wrong time! hurmmmmm.. dah lah kau nak jumpa aku jumaat ni pastu boleh pulak kau buat hal cakap yang bukan-bukan. buat aku takda hati dan perasaan nak jumpa kau. sekarang bila aku dah mengalah kau lagi nak keras kepala! babe, teruskanlah.! aku tak jumpa kau pun takpelah. aku anggap takda rezeki je nak jumpa. but then, ada hikmah juga kalau tak jumpa. dapat siapkan assignment. kalau lah tak jumpe. kalau jumpa lain cerita.

*p/s : MEMBARA HATI AKU MASA TYPING POST NI...!

Wednesday, October 6, 2010

Kenapa aku suka lagu ni? Airplanes....













Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now ( wish right now, wish right now)
Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)

Yeah
I could use a dream or a genie or a wish
To go back to a place much simpler than this
Cause after all the partyin' and smashin' and crashin'
And all the glitz and the glam and the fashion
And all the pandemonium and all the madness
There comes time where you fade to the blackness
And when you're staring at that phone in your lap
And you hoping but them people never call you back
But that's just how the story unfolds
You get another hand soon after you fold
And when your plans unravel
And they sayin' what would you wish for
If you had one chance
So airplane airplane sorry I'm late
I'm on my way so don't close that gate
If I don't make that then I'll switch my flight
And I'll be right back at it by the end of the night

Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now ( wish right now, wish right now)
Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)


Somebody take me back to the days
Before this was a job, before I got paid
Before it ever mattered what I had in my bank
Yeah back when I was tryin' to get into the subway
And back when I was rappin' for the hell of it
But now a days we rappin' to stay relevant
I'm guessing that if we can make some wishes outta airplanes
Then maybe yo maybe I'll go back to the days
Before the politics that we call the map game
And back when ain't nobody listened to my mix tape
And back before I tried to cover up my slang
But this is for the Cada, what's up Bobby Ray
So can I get a wish to end the politics
And get back to the music that started this shit
So here I stand and then again I say
I'm hopin' we can make some wishes outta airplanes

Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now ( wish right now, wish right now)
Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)




*p/s : SEBAB ADA HAYLEY WILLIAM KOT.... HAHAHAHAHA! TAPI PAPE PUN LAGU NI MEMANG TERBAIK!

DUNKIN DONUTS

Ini adalah tajuk group assignment aku iaitu DUNKIN DONUTS. wah! tengok je macam senang tapi bila nak buat punyalah payah. haishhh.. kalau lah ada DUNKIN DONUTS depan mata aku sekarang nak je aku telan-telan setiap inci donut ni. hehehehe! ok. komen aku kat sini, aku tak berapa suka sangat DUNKIN DONUTS ni, aku lebih suka BIG APPLE! bagi aku BIG APPLE lagi improve berbanding DUNKIN. hehehehe! Sedap pun punyalah macam setan! agagaagaga. tapi takpelah. demi assignment CHANNEL ni akan ku teruskan jugak! yeayyyyy! chayooolkkkkk...

*p/s : LAINKALI KALAU ADA ASSIGNMENT ABOUT DUNKIN KE KENALAH ADA DUNKIN DEPAN MATA BARULAH MENJADI..! heeeee (arghhhh dan dan je kan)

Tuesday, October 5, 2010

FRENDSHIP NEVER END!

THE LARRIKINS - LYNN, MYE, NADEA, AQI & FYDA -2005 to 2010-

First picture ni diambil pada tahun 2006. masa ni masing-masing muda lagi. yes! after SPM! Still young. aku sangat teruja time ni sebabnya ni lah perkara paling best pernah aku buat. hang out, jamming, girls talk, gaduh-gaduh, jalan-jalan. wah! best sangat-sangat. dulu kami ada band. namanya THE LARRIKINS. hahaha! kelas tak? Actually, semua pertemuan kami tanpa dijangka. Saling tak kenal antara satu sama lain, cuma aku kenal dari jauh iaitu FYDA dan MYE, kenal dari kecik tapi tak pernah close each other lah. But then, start aku gaduh dengan BESTFRIEND aku masa kat sekolah, time tu lah aku close gila dengan FYDA. (time tu aku satu kelas dengan FYDA) hahahaha! apelah kan satu kelas tapi tak close. yela, sebab aku ada bestfriend time tu so macam aku tak rapat sangat ah dengan dia. lepastu, lama-lama stay kawan dengan FYDA aku jadi macam syok. hehehehe! even dia kadang-kadang tak sependapat dengan aku. tapi aku akui.... I LOVE TO BE FRIEND WITH HER!

Sesudah itu FYDA kenalkan aku dengan MYE, AQI dan LYNN. hahaha! masa aku tengah bersedih sebab aku gaduh dengan bestfriend aku diaorang lah penceria keadaan. Dan aku betul-betul suka gila lah. diaorang memang best, gila-gila dan baik. hahahaha! Gambar ni diambil oleh mama AQI. pergi JUSCO tebrau dengan parents AQI. hehehe! relax je time ni, dress up ala-ala gothic, emo, punk rock. actually kami sebenarnya sangat cute plak time ni. nampak kebudak-budakan dengan imej macam ni. thanks FYDA coz banyak ajar aku make up style emo. hahahaha! lawak.......
Yang ni pulak gambar yang baru diambil baru-baru ni. RAYA! hahahaha! lama gila aku tak jumpa lynn time ni. gila mencanak aku rindu kat dia. tengoklah rupa aku masa ni mcm mak andam dah. penat gila busy kemas rumah, buat kuih tu yang muka macam mak andam.
LOCATION : Bevy World. hidangan yang disantap semua sedap nak mati. hahahahaha! tapi mye je macam makan meggi. apekah? hahahha!
POSISI GAMBAR 2006 : kiri sekali, FYDA, LYNN, AKU, AQI dan MYE. peace!
gambar ni cuma nak buat perbandingan jek dimana diatas adalah gambar kami semasa muda, kacak dan sungguh hensem! dan yang dibawah tu pulak gambar kami dikala kami semua sudah boleh jadi bini orang. hahahahah! yeke boleh... syhhhhhhh... cuma LYNN je yang ada jawapannya.

POSISI GAMBAR 2006 : LYNN, AKU, MYE dan FYDA. sorry to MYE sebab gambar anda dicrop untuk samakan gambar dengan 2010. heheheh!
(Lainkan semua time ni, cepat betul kami membesar!)

Raya.....! SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA..... dari kami the GORGEOUS LADIES! wahhhh... kelasssss kau maria!


Thursday, September 30, 2010

Perginya seorang Insan meninggalkan nama.....

24 September - Aku dapat panggilan dari mak aku. mula-mula aku tak syak apa-apa pun tapi tiba-tiba dia cakap dia on the way ke melaka. terdetik dalam hati aku, apalah yang berlaku pulak nie. sekali je mak aku cakap nenek aku dah "kritikal". mengucap panjang aku time tu. dah lah aku baru je lepas "karok" dengan budak2 ni. lepas tu aku pun cakap balik "mak, kalau rasa macam dah tak boleh blah tolonglah bagi tahu cepat2 k". aku pun mula lah rasa tak sedap hati. tapi time tu aku still lagi kat luar tengah lepak kat mamak aswath. dah lepas aku lepak2 je aku pun hantar la shaz dengan afiq balik. TUP! TUP! mak aku call lagi masa aku tengah drive. sampai je depan rumah diaorang aku terus angkat panggilan. bergetar je aku dengar suara mak aku. dalam hati aku berdetis yang aku dah tak ada nenek lagi. sekali betullah sangkaan aku. She's gone. Time tu jangan cakaplah..... aku meraung semahu-mahunya dalam kereta. tak sangka...... apa yang aku rasa jadi kenyataan. apa yang aku kesal adalah. sepanjang hayat dia.....aku tak pernah meluangkan masa bersama-sama dengan dia. tapi saat2 akhir hayat dia (time raya hari tu) dia terlantar baring kat katil, aku layan dia sepertimana budak kecil. makan dilayan, nak kencing pun aku tolong angkat dan basuhkan. aku rasa itulah saat2 paling bermakna dalam hidup aku. nenek aku seorang yang bengis, garang, dan semua2 lah. semua cucu tak rapat dengan dia. cuma anak2 dia jela yang rapat. hurmmmm......... apa2 pun aku redha dengan ketentuanNya. AL-FATIHAH. moga nenek aman dan tenang di syurga sana. "nadia redha segala sengketa antara kita, MAAFKAN CUCU tuk ni."

p/s : AKU TERINGAT MASA KENA MARAH, KENA BEBEL DENGAN ATUK AKU. RINDUU.........

Tuesday, September 28, 2010

Im being an INDEPENDENT women

Woishhh.... independent ke aku ni? yes i am.. kalau dulu mungkin sikit-sikit abah, sikit-sikit boyfriend. ahhhhhhh! sekarang..... no more.. berdiri diatas kaki sendiri lagi terbaik. jatuh dan bangun sendiri. Supaya TIADA LAGI PENYESALAN...! titik! hahahahhaa.........


p/s : BILA HUJUNG BULAN JE AKU EHEK KAT ABAH AKU... BAH, ELAUN DAH MASUKKAN TAK? hehehehe....... (still menyusahkan lagi la....)

Tuesday, August 31, 2010

Cinta VS Sayang

Apa itu cinta? Bagi aku cinta itu anugerah yang tuhan bagi untuk setiap insan untuk merasai rasa perasaan cinta dan mencintai. yes! bila cinta dah wujud, tentulah ada perasaan sayang. tapi kadang-kadang cinta memang banyak pengorbanan. cinta ni rumit. ada macam-macam jenis cinta. cinta pada tuhan, cinta pada rasul, cinta pada ibu bapa, kawan, teman lelaki, dan juga sesama insan. aku? aku pernah rasa cinta....dan juga sayang. banyak kali juga merasa cinta. tapi kadang-kadang sampai tak faham apa itu cinta. aku pernah cintakan seseorang sebab dia buat aku rasa jadi perempuan itu indah. (sebab dulu aku tomboi) aku pernah cintakan seseorang kerana dia hensem. dan aku juga pernah jatuh cinta pandang pertama. tapi kalini, aku jatuh cinta tanpa apa-apa sebab. adakah cinta kalini cinta yang terakhir buat aku? memang pelik bila kita mula menyayangi seseorang tu tanpa sebab. aku pernah juga marah pada diri aku sendiri sebab aku jatuh cinta pada orang yang aku benci. mula-mula benci tapi lama-lama terbit pula rasa sayang kemudian baru muncul rasa cinta. aku masih mencari-cari jawapan sehinggalah ke hari ini. ke sehingga aku berkahwin dengan dia? hurmmmm.... tak tahu lah. kadang-kadang tu hati aku selalu sakit, selalu menangis kerana dia. tapi sebenarnya dia la penawar aku. aku tak nafikan aku banyak menangis bila bersama dengan dia. hakikatnya aku betul-betul sayangkan dia. dan juga cintakan dia.

pernah terbit dalam fikiran aku. sampai bila aku nak rasa sakit dan sedih bila bersama dia. pernah juga rasa nak tinggalkan dia. aku bukan sakit ape sakit menunggu. sedih bila sunyi, takda teman nak berbual. dengan dia lah aku luah kan segala-galanya melainkan family. sampaikan dia pernah cakap kat aku

"kalau baby tak sanggup tunggu syg lagi, cakap dengan syg k, syg taknak baby rasa sakit bila bersama dengan syg."

terus je aku terdiam. dia tak sayang aku lagi ke? atau dah tak cinta aku lagi? entah lah. kalau ada jodoh tak kemana lah. perasaan cinta dengan sayang semua tak boleh dipaksa. dia akan datang dan pergi. tapi kalau cinta sejati ia akan kekal sampai bila-bila. macam abah cintakan mak. walau abah tak pernah cakap "I LOVE YOU" kat mak tapi aku tahu. abah memang cintakan mak. cinta mereka cinta sejati. cuma aku mungkin aku tak pernah rasa betul-betul cinta dan tak pernah mendalami apa itu cinta. yang aku tahu orang cinta aku. ya! itu dia. kita kena sayang orang biar ikhlas kan. jangan sebab sesuatu benda tu. aku pun tak nak mengharap menggunung melangit. apa yang ada depan mata itu lah perjalanan hidup kita. teruskan dan yang penting jangan pandang ke belakang. oh ya! cakap soal jangan pandang ke belakang ni. macam mana ya kalau cinta lama berputik kembali? hehehe! pening kalau cakap soal Cinta VS Sayang ni. aku pun tak cukup berpengalaman dalam hal ni. sikit-sikit tu adelah. hurmmmm... ok sampai sini je. nanti kita sambung balik ok?

*p/s : CINTA DIRI SENDIRI DULU BARU KITA BOLEH CINTA ORANG LAIN KAN? BETUL TAK??

Stress....

ok untuk pertama kalinya dalam sem 4 ni aku rasa sangat stress adalah masa bulan puasa ni. mananya tak stress sebab aku buat assignment last2 minit. hurmmm.. tapi nasib baik lah aku dah dapat siapkan then suruh kak sheila print and hantar terus. thanks kak sheila.

Wednesday, August 25, 2010

perasaan... hambar...

skrg ni aku rasa sangat2 lah hambar dlm kehidupan aku. kenapa ye?
takda mood. takda perasaan. i want to be alone.! huh.. so sick..

Thursday, August 19, 2010

Lepas.....Lepas...

Pagi-pagi lagi je perut aku dah buat hal. meragam macam mak nenek. ingatkan dah nak period, rupanya sakit perut sebab banyak sangat makan makanan yang pedas-pedas. Huhuhu..............
Lepas ni kenalah makan sup pulak ke.

My Unkymood Punkymood (Unkymoods)

*p/s : LEPAS NI KENA MAKAN MAKANAN YANG BIASE JEW...!

Thank you for Loving me....

It's hard for me to say the things
I want to say sometimes
There's no one here but you and me
And that broken old street light

Lock the doors
We'll leave the world outside
All I've got to give to you
Are these five words when I

Thank you for loving me
For being my eyes when I couldn't see for
Parting my lips when I couldn't breathe
Thank you for loving me
Thank you for loving me

I never knew I had a dream
Until that dream was you
When I look into your eyes
The sky's a different blue

Cross my heart
I wear no disguise
If I tried, you'd make believe
That you believed my lies

Thank you for loving me
For being my eyes when I couldn't see
For parting my lips when I couldn't breathe
Thank you for loving me

You pick me up when I fall down
You ring the bell before they count me out
If I was drowning you would part the sea
And risk your own life to rescue me, yeah

Lock the doors
Leave the world outside
All I've got to give to you
Are these five words when I

Thank you for loving me
For being my eyes oh, when I couldn't see
You parted my lips when I couldn't breathe
Thank you for loving me

When I couldn't fly
Oh, you gave me wings
You parted my lips when I couldn't breathe
Thank you for loving me

Thank you for loving me
Thank you for loving me
Oh for loving me.......

*p/s : SUKA GILA DENGAN LIRIK NI, LAGI LAGI KALAU DINYANYIKAN OLEH MY LOVELY.

Wednesday, August 18, 2010

Dugaan....


Kerana kecuaian aku, tadi pagi hp aku tersliding kt atas tar.. peh sadis gila.. huk3... sakit hati..
So inilah dia handphone aku. nampak macam ok jek, tapi hakikat sebenar kalau boleh zoom. memang la nampak ketara perubahan fizikal dia. damn pretty shit! huhu.....

Tuesday, August 17, 2010

Hari ni hari SELASA.... ada apa dengan selasa..

Harini of kos la ade kelas PM kamel.. hehehehe!

*p/s : TENANG-TENANG JAK!

OUR LOVE IS OUR JOURNEY.....

Setiap perhubungan mestilah ada suka dan duka kan? tak lengkap kalau takda gaduh takda nangis semua tu. Semalam aku dan dia gaduh. tapi takda la gaduh mcm drama tamil tu. tiba-tiba je jadi macam drama hindustan. awwww... HAHAHHAA..

(calling)

Sayang : Slm, baby. Kenapa tak angkat call syg?

Baby : Takde pape.

Sayang : Takkan la takde pape baby? Sayang call banyak kali tapi tanak angkat pun.

Baby : Hurmm.... takde pape la. (dalam masa tu aku pun nangis)

Sayang : Sayang, kenapa nangis ni. Syg ada buat salah ke? (dengan nada yang lembut sangat)

Baby : Actually, baby merajuk dengan sayang. Tapi selalunya baby maki-maki syg. But today taktau la kenapa i can't tell u why im being like this.

Sayang : Baby..... I'm so sorry ok sebab tak contact baby tadi tak mesej baby. I'm really sorry. Syg penat sgt keje sampai tertido tak sedar diri.

Baby : I tought syg dah tak ingat kat baby lagi. Coz that time i text u yg baby balik segamat sorang kan. But u not reply my message. Huhu.. (bertambah la aku nangis)

Sayang : Baby.. im so sorry ok sayang.. syg tak dapat pun text baby tadi. tak tau la line ni kenapa. thats y la syg tak perasan pun baby tgh merajuk. kalau tak syg dah pujuk dah. sorry k manje...

Baby : Huhu..... (aku terus menangis, selama ni aku marah dia aku maki-maki jek tapi kali ni aku menangis je banyak)

Sayang : (tiba-tiba menangis) sorry sebab buat baby nangis rindukan sayang. agak-agaknya macam ni lah kan kalau mak syg rindu kat syg. nangis jugak macam baby...

Baby : (POMMMP,aduh kenapa plak dia nangis ni. kenapa dia sebut pasal mak dia? homesick ke? my god! ape aku dah buat nie?) sayang.. jangan la nangis.. im sorry k kalau pasal ni buat syg ingat kat ur mum. im really sorry my dear. please dont cry. (aku suruh dia benti nangis padahal aku ni dah melalak nangis gak.. HAHA ape la)

Sayang : boleh tak syg nak request syg nak stop praktikal ni. syg nak balik sabah. syg rindu mak, rindu ayah rindu semua family. Syg rindukan cayang. (cayang tu adik dia yang bongsu)

Baby : Sayang, relax ok. Hujung tahun ni syg balik k. Stick with my decision, apa pun syg kena balik jugak. Habis praktikal je book ticket then trus fly balik. no more excuse. (aku dengan yakinnya bercakap)

Sayang : (speechless) hurmm..... taktau la. i think syg selalu buat semua orang sakit hati.

(SCENE YANG TELAH DIPOTONG ATAS SEBAB DAH MLS NK TYPING)

*Actually dia dah lama tak balik hometown dia kat Sabah tu. Dia betul-betul HOMESICK. then i dunno what to do. Apa pun dia kena juga lah habis kan praktikal dia tu dulu. Risau juga ni bah kenapa dia tiba-tiba nangis woo. dia bilang kerja dia tu memang penat sgt. Kesian ba.. Puasa dah dua tahun tak balik. Raya pun kali ni dia tak dapat balik. Uwaaaaa sedihnya.. dan aku mula terfikir. Beruntungnya aku ni. Every week balik. Selalu juga jumpa. Tapi dia?? MY GOD! selfishnya aku. after this, aku kena lah jaga hati dia. Lagi dah nak raya ni...

Perbualan pun di sambung dengan lawak jenaka aku yang biol+bodoh ni. then lama-lama dia pun ketawa jugak. aku ni dah macam badut dah pun ada gak. HAHAHAHA! takpelah demi nak ceriakan dia kan. HEEEEE! Tapi harap-harap dia boleh tahan sampai end of this year. SABAH!! TUNGGU TAU, END OF THIS YEAR DIA BALIK LAH! hehehe...

*p/s : TAK MAU MARAH-MARAH DIA LAGI, NAK JADI A GOOD GIRL LAH.! SABAR SABAR SABAR.. BULAN PUASA YANG INDAH LAGI DEBERKATI....
















SAHUR

Harini aku sahur makan nasi dengan lauk ikan sambal. Ikan sambal tu pun makanan yang hari ahad punya yang mak aku masakkan aku simpan dlm freeze pastu panaskan. HAHA! no choice terpaksalah makan jugak. Tapi layan jugaklah. Iera pulak tak bangun sahur sebab malam tadi aku tidur awal. Dia sahur awal tadi. HEHEHE! Sorry Iera sebab aku tinggalkan kau terkapai-kapai. Kan best kalau aku still ade kat kluang lagi. Sahur bersama-sama my family. Lagi lah buat aku rasa syok gila! HEHE...

p/s : KENA BELAJAR MASAKLAH, BARU BEST! HEEEEEEE.......

Thursday, August 5, 2010

MALU....

Harini PM kamel perli-perli aku sebab datang lambat. Even malu tapi buat muka sardin jela. HAHAHA! Sape tak kenal aku. SORRY for those yang tumpang kereta aku. Sebab aku lambat korang sume jadi lambat. MAAF!



*p/s : LAIN KALI KELAS PM KAMEL BANGUN AWAL 7.30 GERAK! okai...

Wednesday, August 4, 2010

Friend Forever


Sometimes in life,
you find a special friend,
someone who changes your life
by being a part of it.
Someone who makes you laugh
until you can't stop,
someone who makes you believe
that there really is
good in the world.
Someone who convinces you
that there is an unlocked door
just waiting for you to open it.
This is forever friendship...

When you're down,
and the world seems dark and empty,
your forever friends lifts you up in spirit
and make that dark and empty world
suddenly seem bright and full.
Your forever friend gets you through
the hard times, the sad times,
and the confused times.
If you turn and walk across,
your forever friend follows.
If you lose your way,
your forever friend holds your hand
and tells you that
everything is going to be okay.
And if you find such a friend,
you will feel happy and complete,
because you need not worry.
You have a forever friend for life,
and forever has no end.

Love is ????

Without you my days are "Sadday,"Moanday, "Tearsday, "Wasteday, "Thirstday, "Fightday", and "Shatterday"







I hate to see the one I love happy with somebody else.
But surely I hate it more to see the one I love unhappy with me

The hardest part of loving someone is knowing now it's the time to let go and to say good bye

Holding you, I held everything
For a moment wasn't I a king
But if I'd only known how the king would fall

Tuesday, August 3, 2010

Lagu ni aku suka sangat sebab ade maksudnya yang mendalam....

I want to dedicate this video to MY BELOVED!
LOVE YA!

Kemarahan yang membara!!

Kemarahan aku dah semakin reda.. sebab dia dah call aku then explain kat aku.. aduhhh! sakitnya kepala aku nie.. aku rase berat gila.. tapi kena siapkan certain kerja.. hurmmm....

*p/s : JANGAN BERCINTA, SAKIT KEPALA!!

Kete aku dapat note!

Entah ape cite aku pun tak faham kenapa kete aku ada surat cinta...! hahaahah.. nak cakap aku ni bajet cun.. nak aim aku konon.. ade aku kesah?? hahahaha! entah-entah ade orang nak kena kan aku.. HAHAHAHAH! Siaplah siapa yang buat menda2 yang tak baik kat aku nie....

*p/s : NANTI AKU REPLY BALIK UTK TATAPAN KAU!

Camping....

Last week aku ade follow aktiviti kat kem nasuha. Actually, aku memang suka aktiviti lasak yang macam ni. Bagi aku memang terbaik lah. Mula-mula je nak bertolak ke kem nasuha tu je kami semua dah kena naik bus sekolah yang bagi aku agak klasik sungguh dengan takda aircond. Tapi syok lah sebab aku rasa last aku naik bus sekolah takda aircond tu masa aku tingkatan 1 kot. hahahah! Gila terbayang.... Pastu masa dalam bus tu, mode semua EXCITED+HAPPY tak sabar nak sampai kat kem nasuha. Yela, sape yang tak syok dik oi. Aku jangan cakap lah memang aku dah lama tunggu invited to camping ni. hahahah!

Sampai je kat kem nasuha kami semua dijamu dengan minuman petang. Yang agak kelakarnya time tuh, kawan aku MADAS ni punya la syok amik air herbs yang diaorang bagi. TUP TUP... Air tu tawar+kelat+tak sedap! hahahahha! berderai aku gelak kan si MADAS ni. Air tu dah lah panas pastu dia main bedal je telan. MADAS....MADAS.... Dah lepas kami semua mencekik kat kem nasuha tu, kami pun dikehendaki menaiki trem utk pergi ke penginapan kami kat dalam hutan. Peh!!! Masa naik trem tu dah macam pekerja ladang dah aku rasa. HAHAHAHA! lawak nak mati.. Lagi-lagi KAK SHEILA. Semangat waja duduk dekat depan sekali. Nak teman ABG ANDREkot. hehehehe!

Perjalanan masuk hutan tu memang syok gila lah sebab jumpa banyak gila pokok-pokok herba yang hebat gila. Ada 1001 khasiat yang aku sendiri puu dah tak terkira.! Memang aku kagum gila lah dengan TUAN HAJI NASUHA ni.

Bila dah sampai kat dorm kami tu. Aku ingatkan dorm yang diaorang sediakan cikai-cikai jek tapi bapak ahhhh.. Siap ada aircond lagi. Wah kelasss gitu.! HAHAHAHAHA! Seronok aku landing.

Aktiviti petang tu adalah aktiviti berakit. Adoyai.. Memang mengamit kenangan lalu lah masa aku kat PLKN dulu. Teringat zaman-zaman jahiliah aku kat PLKN jadi SARJAN utk kompeni aku. HEEEE!! Mula-mula staff tu ajar kami semua WATER CONFIDENT. Benda senang je tu tapi sebabkan aku ni penakut air tu yang buat aku terketar-ketar nak masuk air. Padahal dah pakai life jacket dah pun. Pelaaaaa aku ni. HEEEE! Tapi at last dengan bantuan AROL dan IERA yang ada sebelah aku, aku dapat lah menkebalkan diri dalam air. Berenang-renang macam ikan dugong pun ada. Sampai taknak naik dah. Wah! Melampau pulak. HAHAHAHAH!

Aku kumpulan ketiga yang dianggotai oleh AROL, RAZIF, HANAFI, AYU, IERA dan AKU digelar sebagai kumpulan ape ntah aku pun tak ingat. Mula-mula MADAS dah dpt 1 group dgn kami tapi kena tukar atas sebab-sebab yang tertentu. Haish..! Kecoh betol lah. Dahlah masa berakit tu kami kalah sebab pelampung bocor. adoiiii... Pelampung bocor sebab terlanggar ranting. Gila hebat berakit sampai pelampung bocor. Punya lah in out in out sekali kalah dan bocor daaaa... Last sekali kami repeat balik dengan wujudnya ahli kumpulan baru iaitu MADAS, SITI, SYIKIN the rest aku tak ingat. Terus je menang!!!! HO YEAH! Kalau tak moral down aku ni nanti. HEHEHEHE!

Makan malam kat kem nasuha tu memang terbaik la. Terbaik dari ladang.! Sedap nak mati. Rempah yang dia guna memang bagus lah. hehehhee! Lepas je dinner kami diberi rest sekejap before night walking. Kul 11 baru start game tu. TETAPI, aku kecewa sangat sebab NIGHT WALKING tu dah bertukar jadi BURUNG HANTU! wadefak man! Gila ANNOYING main benda alah bodoh tu. Sampai aku rasa TONGGONG! (betul ke aku eja ni, ahhh hentam jela) Dengan dia tinggalkan aku sorang-sorang kat tepi hutan tu. BENGANG betol gua. Konon-konon macam nak buat kiamulail lah utk sedarkan diri kita, tapi bagi aku tu adalah cara nak cari nahas. HUHUHU! Yang penting aku tak suka. OYA punya tempat ada POCONG lah ape la. HAISSSHHH! SUbahanallah!

Last day kat kem nasuha kami semua main permainan paling best sekali. MADAS lah punya planning ni. Permainan berbelit2 lidah, teka-teki movie, botol-botol, dengan soalan pendegaran dan penglihatan dari MADAS. ahhhh! aku geram dengan MADAS.. Kuat SAIKO ini budak.. hahahaahah! pape pun MADAS, camping ni sempoi dan best!!

Lepastu..................... KAMI BALIK SEMULA KE SEGAR-AMAT DLM KEADAAN LETIH DAN LESU..

*p/s : Nanti kalau ada camping lagi join woii... Rugi sapa yang tak join tu....!!!