Thursday, December 15, 2011

Aku tak minta ada perasaan Benci ni.


Perasaan benci ni datang bukan aku yang pinta. Semua terjadi sebab TRAGEDI. Haaaaa.... tragedi ape? Aku panggil Tragedi Mulia. Sebab apa? Sebab aku dianiayai oleh seorang manusia pada bulan yang mulia, bulan puasa. Dosa ke aku membenci orang ni? Hmmm entah lah, mestilah berdosa kan. Tapi aku bukan manusia yang tinggi imannya boleh sampai tidak membenci siapa yang aniayai aku. Aku insan biasa. Sakit tau ade perasaan benci ni kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Haaaa... kan dah rosak dah susu tu. Kesian susu tak pasal-pasal aku dah tak boleh minum kau dah. Tapi takpelah, sedar tak sedar hampir 4 bulan dah aku berjaya harungi hidup ni sorang-sorang. Payah gak nak pikul rasa benci ni kesana kemari. Aku berdoa dan harap sangat Allah hapuskan segala rasa benci dan boleh memaafkan dia. Tak larat nak marah orang dengan rasa yang amat benci. Phewwww! Suck gila tau rasanya. Kan seronok kalau ade orang nak buat aku marah ke benci ke aku azankan je kat telinga dia terus dia lenyap dari mata aku. Hehehehe! Melampau sangat dah tu.

Dan aku jugak tahu perasaan Benci ni akan memakan diri aku. Haaa sekarang aku dah rasa dah dugaan yang Allah bagi kat aku. Bukan nak riak atau bangga tapi aku bersyukur la kerana DIA aku lagi memahami erti sabar yang selama ni aku memang kurang sabar. Heeee.! Syukur..... Dugaan datang bertimpa-timpa mungkin sebab datangnya dari aku jugak kot. Haaaa think positive ok. Yeahhhh! Ok la. bai.

Tiada pesanan ringkas : )

No comments:

Post a Comment