Tuesday, August 31, 2010

Cinta VS Sayang

Apa itu cinta? Bagi aku cinta itu anugerah yang tuhan bagi untuk setiap insan untuk merasai rasa perasaan cinta dan mencintai. yes! bila cinta dah wujud, tentulah ada perasaan sayang. tapi kadang-kadang cinta memang banyak pengorbanan. cinta ni rumit. ada macam-macam jenis cinta. cinta pada tuhan, cinta pada rasul, cinta pada ibu bapa, kawan, teman lelaki, dan juga sesama insan. aku? aku pernah rasa cinta....dan juga sayang. banyak kali juga merasa cinta. tapi kadang-kadang sampai tak faham apa itu cinta. aku pernah cintakan seseorang sebab dia buat aku rasa jadi perempuan itu indah. (sebab dulu aku tomboi) aku pernah cintakan seseorang kerana dia hensem. dan aku juga pernah jatuh cinta pandang pertama. tapi kalini, aku jatuh cinta tanpa apa-apa sebab. adakah cinta kalini cinta yang terakhir buat aku? memang pelik bila kita mula menyayangi seseorang tu tanpa sebab. aku pernah juga marah pada diri aku sendiri sebab aku jatuh cinta pada orang yang aku benci. mula-mula benci tapi lama-lama terbit pula rasa sayang kemudian baru muncul rasa cinta. aku masih mencari-cari jawapan sehinggalah ke hari ini. ke sehingga aku berkahwin dengan dia? hurmmmm.... tak tahu lah. kadang-kadang tu hati aku selalu sakit, selalu menangis kerana dia. tapi sebenarnya dia la penawar aku. aku tak nafikan aku banyak menangis bila bersama dengan dia. hakikatnya aku betul-betul sayangkan dia. dan juga cintakan dia.

pernah terbit dalam fikiran aku. sampai bila aku nak rasa sakit dan sedih bila bersama dia. pernah juga rasa nak tinggalkan dia. aku bukan sakit ape sakit menunggu. sedih bila sunyi, takda teman nak berbual. dengan dia lah aku luah kan segala-galanya melainkan family. sampaikan dia pernah cakap kat aku

"kalau baby tak sanggup tunggu syg lagi, cakap dengan syg k, syg taknak baby rasa sakit bila bersama dengan syg."

terus je aku terdiam. dia tak sayang aku lagi ke? atau dah tak cinta aku lagi? entah lah. kalau ada jodoh tak kemana lah. perasaan cinta dengan sayang semua tak boleh dipaksa. dia akan datang dan pergi. tapi kalau cinta sejati ia akan kekal sampai bila-bila. macam abah cintakan mak. walau abah tak pernah cakap "I LOVE YOU" kat mak tapi aku tahu. abah memang cintakan mak. cinta mereka cinta sejati. cuma aku mungkin aku tak pernah rasa betul-betul cinta dan tak pernah mendalami apa itu cinta. yang aku tahu orang cinta aku. ya! itu dia. kita kena sayang orang biar ikhlas kan. jangan sebab sesuatu benda tu. aku pun tak nak mengharap menggunung melangit. apa yang ada depan mata itu lah perjalanan hidup kita. teruskan dan yang penting jangan pandang ke belakang. oh ya! cakap soal jangan pandang ke belakang ni. macam mana ya kalau cinta lama berputik kembali? hehehe! pening kalau cakap soal Cinta VS Sayang ni. aku pun tak cukup berpengalaman dalam hal ni. sikit-sikit tu adelah. hurmmmm... ok sampai sini je. nanti kita sambung balik ok?

*p/s : CINTA DIRI SENDIRI DULU BARU KITA BOLEH CINTA ORANG LAIN KAN? BETUL TAK??

5 comments:

  1. cinta vs sayang??senang je jawapannye......cinta is for ur lover only and sayang is for all....cam single terbaru aku tu,all yg ak pakai name "BRUNO MARS-JUST THE WAY YOU ARE" tu....let they love u for the way you are...peace!!

    ReplyDelete
  2. well,tgk org gak laa....kalo org cam aku ley laa pakai,aku kan cutting2 gud2 cam budak skema ahhahahaak....cinta xley dipaksa,kadang2 kite kene mengalah n kadang2 kite kene berebut utk cinta,,,wahhh!!!! aku mmg ley ganti A. Samad Said ni!!!

    ReplyDelete
  3. ajid!! cinta itu macam kentot.. rase sedap je bila dapat kentot.. puas.. hahahaah!

    ReplyDelete